Jumaat, 25 September 2020

Perjalanan Hidup...

Ketika umor mencegah lapanpuluhan ini apabila orang bertanya... Apa Khabar! Sihat!. Lazimnya saya menjawab.. Sihat, sihat orang tua lah. Begitulah adanya. Syukor Alhamdulillah. Hari ini adalah hari yang mulai,  Hari Jumaat, pengulu kepada semua Hari. Kita sudah sampai ke penhujungan bulan September tahun 2020. Tiga bulan lagi kita akan menyambut tahun baru 2021 In Sya Allah. Dipagi hari yang dingin ini marilah kita bersama memohon hidayah dari illahi agar kita semua sentiasa dirahmati. Besok 26.9.20 akan berlansung Pilihanraya Negeri di Sabah. Saya berharap semua akan berjalan dengan sempurna dengan satu Kerajaan Negeri yang baru terbentuk. Selamat pagi semua. 

Ceria selalu

Khamis, 24 September 2020

Ubi Kayu dan Kelapa parut...

Pagi yang indah dengan sangsuria bersinaran; langit kelihatan biru dengan awan melepak putih merata rata. Dengan secawan Kopi O saya duduk di Serambi menimati keindahan alam sambil melayar alam cyber. Jam didinding lelihat pukul 10.20 pagi. Teringat pula pasal Ubi Kayu. Semalam saya makan Ubi Kayu dengan Kelapa parut ditaburi dengan sedikit gula. Saya memang suka makan Ubi Kayu secara begini. Dulu dulu dizaman Jepun dari tahun 1941 ke tahu 1945 Ubi Kayu lah yang menyelamatkan penduduk Malaya dari mati kelaparan kerana pada masa itu beras amat berkurangan dah sukar diperolehi oleh Orang ramai. Dengan hanya memakan Ubi Kayu saja ramai penduduk jatuh sakit kerana kurang zat. Saya bernasib baik dapat makan Nasi kerana bapa saya berniaga Kedai Nasi pada zaman itu dan sentiasa ada bekalan beras. Pada masa sekarang Ubi Kayu rebus, goreng atau dibuat lain lain kueh traditional sudah menjadi makanan istimewa pada waktu petang atau dimajlis. Begitulah keadaannya dengan perbezaan zaman. Alhamdulillah. 

Sabtu, 19 September 2020

Geladangan

Beberapa hari yang lalu saya pegi ke Ampang Point untuk membeli berapa keperluan harian. Seperti biasa saya akan kekedai Mamak yang berdekatan untuk menimati Roti canai dan Teh Tarik. Saya amat suka dengan Roti canai yang disediakan, jadi setiap kali saya datang jurujual/keser dah tahu apa yang saya hendak;  Roti canai dan Teh Tarek!. Selepas makan apabila saya selesai membayar, keser disitu yang saya kenal memberitahu bahawa dia nampak saorang perempuan muda sentiasa tidur ditempat makan yang disediakan oleh MPAJ untuk diguna oleh penguna Trakmakanan disitu. Lantas saya gi berjumpa dengan anak muda Melayu yang duduk membelek sabuah buku nobel. Saya bertanya khabar dan ketika itu tidak mahu bertanya berlebeh lebehan. Cuma menasihatnya supaya 'Jaga Diri'. Satelah berbincang dengan Keser dia diberi makanan pilehannya. Tampa berbicara panjang saya pun balik dengan menanam niat untuk terus membantu anak muda ini. Saya percaya anak muda ini telah menjadi Gelaganan salepas tamat SPM baru baru ini.  Di KL dan kawasan sekitarnya ada NGOs seperti Kedai Jalanan dan Dapur Jalanan bagi memberi khidmat percuma kepada Gelaganan.  Saya memang suka membantu dimana boleh dengan cara saya sendiri dengan harapan anak muda ini tidak tersesat dalam perjalanan hidupnya kelak. In Sya Allah. 

Selasa, 15 September 2020

Nasi Lemak...

Nak cerita sikit tentang Nasi Lemak, makanan berkhasiat yang kita pusakai dari nenek moyang kita. Pada hari Ahad yang lalu satelah menimati Nasi Lemak  saya gi duduk kat Serambi berihat dengan secawan  Kopi.  Hujan lebat yang melanda lembah Kelang selama beberapa minggu terakhir ini telah membawa banjir kilat dan pada masa yang sama menjadikan suasana dingin. Dengan cuaca sebegitu sunggoh selesa duduk di Serambi. Dah lama tidak dapat menimati Nasi Lemak dari gerai Mokcik berdekatan kerana  PKP  disebabkan pendemik  Covid 19. Desamping itu nak beli Nasi lemak  digerai Mokcik itu  kenalah beratur. Umur telah meningkat dan saya tidak boleh berdiri lama kadang kadang  selama 40 minit untuk membeli dua bungkus Nasi lemak, satu untuk NekNyang dan satu lagi untuk saya. Nenek suka Nasi lemak biasa dengan sambal diasingkan dalam bekas yang lain dan saya selalu dengan Kerang dan sambalnya dicampur sekali. Sudah berbulan-bulan tak membeli dan semalam Asmah telah bertanya 'tak beli Nasi Lemak!' sebalik saya dari  keluar ke kedai dobi berhampiran dengan gerai Mokcik yang menjual Nasi itu. Saya hanya menjawab 'Tak'. Sebenarnya saya ingin membeli tetapi tidak tahan untuk beratur. Di rumah petang itu tanpa memberitahu Asmah saya WhatsApp anak dewasa jiran sebelah  untuk tolong membeli Nasi lemak untuk dimakan besok (hari Ahad) dan seperti biasa dia jawab 'baik Pakcik'  Pagi Ahad anak jiran itu menyerahkan dua bungkus Nasi Lemak kepada saya dan saya menyerahkan wang yang dia terimanya dengan berat hati. Saya meletakkan bungkusan di atas meja dapur dan Asmah bertanya 'sapa beli' dan saya menjawab Daling (nama panggilan anak jiran itu adalah Daling) Dari penampilannya Nenek nampak gembira, keinginannya untuk Nasi Lemak menjadi kenyataan. Untuk makluman. pada usia ini, saya berumur 81 tahun dan telah besama selama 58 tahun dan sangat faham  makud kehendaknya. Dia muda enam bulan dari saya. Bagi saya dia pandai memasak dan sentiasa menghidang termasuk Nasi Lemak terbaik untuk makanan keluarga tetapi sesekali sekala dia teringinkan juga nak makan sesuatu yang berbeza. Begitulah ceritanya. Kehidupan terus berjalan seiring dengan usia kami berdua. Anak-anak dan cucu-cucu sendirian jadi hanya kami berdua di rumah keluarga ini, jadi seperti kata kata 'Nak suroh sapa beli' .. Begitulah ceritanya ketika kami berdua meneruskan perjalanan hidup di tahun-tahun keemasan ini. Melangkah sehari satu ketika. Alhamdulillah.

Sabtu, 12 September 2020

Pesawat dilangit...

DIpagi hari nan indah dengan suasana yang ceria saya turn kehalaman rumah. Kelihatan langit berwarna biru. Tiba tiba saya melihat sebuah pesawat melintas meninggalkan jejak awan ketika bergerak menuju ke arah destinasinya, mungkin Kota Bharu di Kelantan. Saya memutuskan untuk mengambil gambarnya. Pesawat berekor jarak awan nan putih  semasa bergerak melukis langit nan biru it dengan dua garisan putih.  Indah sunggoh! Sekiranya saya balik kerumah dan mengambil kamera saya percaya pesawat itu mungkin telah berlalu jauh dan tidak kelihatan lagi. Jadi saya memutuskan untuk mengambil gambar menggunakan telefon bimbit saya. Walaupun pesawat  itu telah berubah tempat  menuju ke destinasinya, saya masih sempat mengambil beberapa gambar. Sekiranya saya menunggu dan kehilangan sesaatpun pesawat itu akan terbang lebih jauh dan tidak mungkin saya dapat mengambil gambar, terutamanya dengan telefon bimbit!  Bagaimanapun dengan mengunakan kamera telepon bimbit yang ada pada tangan saya berjaya mengambil berapa gambar. Satelah  mengeditkan gambar saya  kongsikan di sini  untuk dinikmati semua. Begitulah adanya. 

Ceria selalu.

 

Rabu, 9 September 2020

Bulan; September 2020...

Semalam selepas Suboh dan apabila Sangsuria telah mula menyinarkan suasana pagi dengan cahaya yang lembut saya telah keluar kehadapan rumah untuk menghirup udara pagi yang nyamam. Sunggoh segar rasa nikmat Illahi. Langit telah mula cerah, ketika itu kelihatan biru muda dengan keputihan awan merata rata. Indah! Saya melenguk keatas dan melihat secebis bulan diantara nampak dan tak nampak nun jauh dilangit nan biru. Lalu saya balik keatas rumah dan mengambil kamera Fujifilm xt100 yang baru saya perolihi, dengan memasang lensa jarak jauh 50 - 230mm saya terus mengambil gambar bulan. Satelah mengambil berberpa imagen dan puas hati dengan fotographinya saya telah mengeditkan gambar gambar itu. Diatas adalah imagen bulan dipagi hari. Sunggoh Indah kan!

Isnin, 31 Ogos 2020

Malaysia Merdeka 63 tahun...

Hari ini Malaysia Menyambut Hari Merdeka yang 63 tahun. Oleh kerana pandemic Covid dan KPK perayaan telah diadakan mengikut Norma Baru. Sebagai sabuah negara  yang berdaulat dan aman damai telah berjaya dalam segala usaha pembangunan dan kini mejadi salah satu negara yang termaju dirantau ini. Pada 31.8. 1957 hari Malaya diistiharkan sebagai sabuah negara yang bebas dan Merdeka saya dengan berpakaian seragam Pengakap berada dipadang bandar Kuantan dimana bendera British Union Jack telah diturunkan dan bendera Malaya Jalur Gemilang dinaikkan. Pada masa itu saya berumur lapanbelas tahun. Tarikh lahir saya ialah 17.8.1939 dan membesar dizaman kolonial British dan Pemerentahan Jepun dari 1941 ke 1945. Dan mula bersekolah pada tahun 1946 satelah negara kembali aman.  Pada tahun 1957 saya tamat sekolah menengah satelah mengambil perperasaan Tingkatan V. Saya amat bangga negara saya Malaysia telah terus berjaya. Alhamdulillah.