Selasa, 1 Disember 2020

Dicember 2020

Dah bulan Disember 2020. Hari in ialah satu haribulan. Dengan secawan Teh Tarek saya duduk diserambi dan menulis ini. Nenek kat dapur seperti biasa memasak. Kesukaan dia, satu ritual setiap hari. Atas nasihat anak anak pada masa in dia hanya memasak empat hari je dalam seminggu. Hari Jumaat hingga ke Ahad dia tidak memasak. Kita berdua makan apa yang ada atau beli lauk dari warong atau makanan siap kat Fastfood yang berdekatan. 

Semalam kami dikejutkan oleh kembalinya kerahmatullah saorang kawan rapat anak sulong dan menantu. Kita datang dan kita pergi, begitulah hukum alam. Alfatihah.  

Sebagai saorang tua saya bersyukor telah dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan sentiasa dikeliling dengan kegembiraan sepanjang masa dengan anak cucu cicit dan menantu. Satusatunya nikmat yang dikurniakan ilahi. Alhamdulillah. Begitulah ada nya. 

Ceria selalu. 

 

2 ulasan:

  1. Semoga terus sihat ya Pak Idrus. Samalah, mak abah pun masaknya sikit, makannya banyak hari, dah tua2 tak lalu katanya..semoga mereka juga sentiasa sihat :)

    BalasPadam
  2. Syaz Rahim, terima kasih berada disini. Apabila umur meningkat begitulah keadaan nya. Kami sentiasa berselera walaupun lauk sedikit. Yang penting ada Nasi. Diet kami tidak ada daging merah, saya Sayuran dan Ikan saja manakalah Nenek masih makan Daging Ayam. Begitulah adanya.

    BalasPadam